25 tahun dahulu, 18 April 1985 tepat jam 10.05 pagi seorang bayi perempuan selamat dilahirkan di Dewan Bedah, Hospital Lama Klang oleh Puan Sariah Abd Hamid. Ya, di dewan bedah tetapi secara normal. Tak sempat para doktor dan jururawat nak bedah, bayi tu tak sabar-sabar nak tengok dunia. Gedik sungguh bayi itu. Bayi tu dinamakan sebagai Saidatul Nazla. Ya aku la tu. haha.
Mak pernah berkata, sepanjang mengandungkan aku, dia suka makan makanan berkuah. Agaknye tu la sebab kalau aku nak makan mesti nak berkuah. Kalau takde, agak marah di situ. Mak ada juga berkata, mak dikelilingi oleh lelaki semasa mengandungkan aku. Aku juga dibesarkan dikelilingi lelaki. Yela, abah kan kerja "stesen master" dulu. Ramai kawan abah pemandu bas. Aku masih ingat asal hujung minggu drebar2 bas selalu ajak aku naik bas jalan2 ke KL. Selalunya bila abah keja shift malam. Abah pulak akan dudukkan aku btol2 di belakang pakcik drebar. Jadi tade la aku kena culik ke apa. Life was so wonderful at that time. Bila abah gaji, kami makan KFC. dah kira mewah tau. Bila besday, dapat makan KFC jugak.
25 tahun sudah aku dibesarkan. Takde perkataan yang lebih bagus dari ucapan TERIMA KASIH kepada mak dan abah. Terutamanya mak. Mengandungkan aku, melahirkan aku, menyusukan aku, serta menjaga aku dengan baik bersama abah. Dari kecik sampai la ke besar ni. Gedik, degil, keras kepala dan panas baran. Tapi itu bukan salah mak abah aku. Itu bukan diwarisi.
Terima kasih kepada mak abah kerana memberi aku peluang untuk hidup dalam keadaan sederhana, diberi peluang pendidikan dan diberi kasih sayang secukupnya. Tidak seperti bayi2 yang dibuang merata, tidak seperti anak anak yang didera secara fizikal atau mental, dan tidak seperti anak anak yang tidak mampu diberi pendidikan yang sempurna. Alhamdulillah aku masih bertuah.
Pada umur suku abad ini, aku hanya patut memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt, kerana dilahirkan sempurna, tiada cacat cela. juga kerana diberi keluarga yang sempurna bagi aku, dan dikelilingi ramai orang yang mengambil berat terhadap aku. Jadikan doaku sempena ulang tahun yang ke 25 ini agak keluargaku dan orang orang disekeliling ku diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan gembira selalu. Ameen.

No comments:
Post a Comment